
Harta Sepencarian
Adalah “harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan secara bersama oleh Suami dan Isteri yang melibatkan harta alih ( wang, kenderaan dan lain lain) dan harta tak alih (rumah, tanah, saham dan lain lain”).
Harta Sepencarian
Asal Usul
Ia berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Adat Perpatih
Banyak diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka. Harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.
Adat Temenggung
Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.
Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.
Harta Usaha Bersama
Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka
Harta Usaha Tunggal
Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
Harta Yang Dimajukan
Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Harta Sepencarian
Mengikut Undang-undang
Harta sepencarian boleh wujud dalam 3 keadaan iaitu:
Kami sedia membantu
