
Faraid
Menurut istilah syara’, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam.
FARAID
Rukun-rukun
Perkara yang membenarkan pembahagian faraid sesuatu harta sama ada alih atau tak alih secara sah.
Ada Yang Mati
Jika tiada yang meninggal, pembahagian secara Faraid ini tidak berfungsi kerana tidak cukup syarat. Kematian melibatkan ibu, bapa, isteri dan anak-anak lainnya.
Ada Harta
Si mati yang meninggal dunia wajib mempunyai harta kerana jika tiada harta, tiada apa yang boleh dibahagikan. Maka, faraid tidak boleh dilaksanakan.
Ada Waris
Jika seseorang itu sewaktu meninggal adalah yatim piatu dan tiada waris, tidak diwajibkan faraid. Ianya hanya terpakai untuk mereka yang mempunyai waris sahaja.
Tanah
Bangunan
(Rumah)
Barang Kemas
(emas,perak dan lain-lain)
Insurans & Wang Tunai (labur / tak labur)
Binatang Ternakan
(kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain
FARAID
Jenis Harta
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Waris yang Layak menerima Harta Pusaka
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Mereka digelar Ashabul Furud.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
- Anak lelaki
- Cucu lelaki dari anak lelaki
- Bapa
- Datuk
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Saudara lelaki seibu
- Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
- Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
- Bapa saudara seibu sebapa
- Bapa saudara sebapa
- Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
- Sepupu dari bapa saudara sebapa
- Suami
- Hamba sahaya
Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
- Bapa
- Anak lelaki
- Suami
Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
- Anak perempuan
- Cucu perempuan dari anak lelaki
- Ibu
- Nenek sebelah ibu
- Nenek sebelah bapa
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Saudara perempuan seibu
- Saudara perempuan sebapa
- Isteri
- Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
- Anak perempuan
- Cucu perempuan dari anak lelaki
- Ibu
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
- Bapa
- Ibu
- Anak Lelaki
- Anak Perempuan
- Suami/Isteri
KAMI SEDIA MEMBANTU
