Tahukah anda, pembahagian Harta Pusaka Kecil boleh dibuat di Pejabat Daerah dan Tanah sahaja?
Apa maksud Harta Pusaka Kecil?
Harta Pusaka Kecil adalah harta peninggalan pusaka yang keseluruhannya bernilai di bawah RM 2 juta. Harta ini boleh dibahagikan di Pejabat Daerah & Tanah dengan syarat:
• Harta tersebut terdiri Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau ;
• Harta tersebut adalah Harta Tak Alih (Tanah/Rumah ) bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya.

